Tuesday, December 18, 2012

Dia datang Lagi


Alhamdulillah..

Dia datang lagi menjengahku.. Itu bermakna Allah SWT masih menyayangiku.. Syukur padaMu Allah kerana masih memberikanku peluang untuk terus hidup atas muka bumi ini..





Thanks To reading Diz...

Friday, December 14, 2012

Petua Nenek




Petua Tampil Berseri


Lebatkan bulu kening
Bakar dua biji buah keras sehingga hitam.
Kemudian tumbuk halus.
Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur.
Bersihkan dengan air pada keesokan harinya.
Kening anda akan nampak lebih lebat dan menarik.


Bibir merekah
Atasi rekahan pada bibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah.
Amalkan meminumnya sekali sehari dan lihatlah hasilnya.


Tegangkan kulit muka
Ambil sebatang timun dan sagat atau hancurkan sehingga lumat.
Kemudian, campurkan dengan tepung ubi kayu dan sedikit air.
Kacau rata tetapi jangan terlalu cair.
Sapukan bancuhan tadi ke muka dan biarkan kering sebelum dicuci.


Rawat kulit berkedut
Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan.
Selepas itu, campurkannya dengan satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.
Gaul sebati bancuhan tersebut.
Sapukan  pada kulit sekali sekali sehari

Sekian.

Thanks To reading Diz...

Info Menarik..

 

Cara Tidur yang Diamalkan RASULULLAH S.A.W





CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

  • Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
  • Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
  • Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
  • Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.


WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
  • Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
  •  Selepas masuk waktu Asar.
  • Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.


BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
  • Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
  • Merosakkan warna kulit.
  • Melemahkan jantung.
  •  Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
  • Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
  •  Melemahkan kecerdasaan akal.


CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

  • Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
  • Hindarkan dari tidur lewat malam.
  • Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
  • Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
  • Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
  • Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.


PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA

  • Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
  • Banyak minum air di waktu pagi.
  • Banyak memakan atau meminum yang seba masam

Thanks To reading Diz...

Entri Khas Untuk Kaum Hawa...

Kaum Hawa @ perempuan @ wanita @ ladies @ woman
menyimpan sejuta rahsia yang sukar difahami oleh kaum Adam @ lelaki.

Terdapat berbagai-bagai jenis kriteria @ sifat @ sikap @ personaliti
wanita atas muka bumi ini.
Ade yang manja, gedix, mengade-ngade, sopan santun,
peramah, mesra, ceria, perahsia,
pendendam, materialistik, mata duitan
dan sebagainya.

Yang paling penting, mereka ini perlu dihargai dan dikasihi..


30 Info menarik tentang perempuan yang perlu diketahui.

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri.

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata.

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Thanks To reading Diz...

kembali


Lirik Lagu Kembali – Akim/Stacy

Hati ini kan terasa sepi
Tanpa senyuman indah yang meruntumkan jiwa
Jadi kelam dunia bila kau menjauh

Bukan cinta membahagiakan
Hanya keihklasan di dalam hati mu
Untuk merasakan ikatan hati kita

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta kau berikanlah kekuatan
untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari
Jalan ini

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta berikanlah kekuatan
Untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari jalan ini

Thanks To reading Diz...

Apa Artinya Cinta


Melly Goeslow & Ari Lasso

 
Tiba-tiba engkau ada
Kemudian engkau hadir
Laksana kerdil ku memeluk
Lihat aku lebih dalam

Di matamu ku melihat
Ada cinta yang tersirat
Sirami hati merebak

Barangkali aku salah
Ku terdiam bukan bisu
Tahu engkau besar malu
Tutupi rasa gelisah

Biar saja waktu nanti
Yang menikmati kisah ini
Bersamamu aku senang

Belum juga kah kau menyadarinya
Akulah yang pantas untuk kau cintai
Di bawah langit biru aku bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Arti cinta ini sudah menelan waktuku
Siang malam hanya untuk pikirkan engkau
Sejuta kali aku berani bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Biar saja waktu nanti
Yang menikmati kisah ini
Bersamamu aku senang

Belum juga kah kau menyadarinya
Akulah yang pantas untuk kau cintai
Di bawah langit biru aku bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Thanks To reading Diz...

Khurafat vs Azimat

Khurafat Dan Azimat

Menurut Perspektif Islam

 

 

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-40 yang bersidang pada 9 Aug 1996 telah membincangkan Khurafat Dan Azimat Menurut Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa bersetuju dengan garis panduan yang telah disediakan untuk dijadikan panduan kepada orang ramai :
  1. Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta.
     
  2. Azimat ialah satu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan bagi manfaat diri sendiri atau untuk memudharatkan orang lain dengan menggunakan objek-objek dan ayat-ayat tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja.
     
  3. Islam sangat menitikberatkan soal akidah dan syariat. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, hadith, ijmak dan qias adalah ditolak oleh Islam.
     
  4. Amalan memuja dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan oleh setengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan orang-orang yang bersahabat dan menggunakan jin dan tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang-orang yang bodoh dan menzalimi diri sendiri.
     
  5. Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Thanks To reading Diz...