Thursday, March 24, 2011

Khasiat Daun Sirih...

Sirih di Semenanjung Malaysia terdiri daripada empat jenis, iaitu sirih Melayu, sirih Cina, sirih Keling dan sirih Udang. Nama saintifik adalah Piper betel Linn dalam keluarga Piperaceae.
 

Menurut sejarah, sirih adalah tumbuhan asli dan antara jenis-jenis sirih ialah sirih melayu, sirih cina, sirih india, sirih jawa dan sirih indonesia. Masyarakat Cina mengenali sirih sebagai herba untuk memanaskan badan. Masyarakat India pula lebih mengaitkannya dengan penjagaan mulut dan rambut. Namun begitu, masyarakat Melayu yang lebih arif dengan sejarah sirih dan kepelbagaian kegunaannya. sirih digunakan bagi tujuan perubatan, kecantikkan dan juga kebudayaan.

Di India, sirih digunakan untuk mengubati penyakit di mulut, tekak dan lapisan perut. Di Afrika Timur, daunnya digunakan untuk ulser bernanah dan jusnya untuk selsema serta penyakit radang kerongkong. Masyarakat Filipina menggunakan sirih untuk mengubati masalah gastrik dan penyakit paru-paru yang dihadapi oleh kanak-kanak. Di Kemboja, daun sirih yang ditumbuk dijadikan losyen mandian untuk mengubati penyakit seperti demam, demam campak, kelenjar membesar dan lymphagitis.  Di Indonesia lak , daunnya dicampurkan ke dalam bahan-bahan perubatan lain sebagai ransangan antiseptic, gatal-gatal, astringen dan aphrodisiac.

Hasil kajian mendapati daun sirih atau 'Piper Betle' mengandungi PATI MINYAK yang bahan-bahan utamanya ialah CUGINOL dan KAVIKOL. Bahan-bahan aktif di dalamnya pula seperti FLAVORNOID dan POLYPHENOL boleh menegangkan kulit dan mengelakkan kedut-kedut di muka yang bermakna ianya boleh membawa kesan awet muda.

Khasiat ASTRIGEN daun sirih pula berkeupayaan mengecutkan tisu-tisu organik dan khasiat ANTISEPTIK untuk membunuh kuman. Jika diminum airnya atau digunakan sebagai pencuci harian bagi wanita. Selain menegangkan otot-otot tisu dalaman vagina, ia juga boleh membunuh bakteria, kuman atau kulat serta mengatasi masalah keputihan. Sirih juga turut digunakan bagi mengatasi masalah penyakit Malaria, sakit sendi, gout dan dipercayai boleh merawat kanser dan penyakit jantung.


Tanpa kita sedari sirih mempunyai banyak khasiat . Bukan sekadar dijadikan Sirih Junjung untuk majlis-majlis perkahwinan/pertunangan sahaja.





Thanks To reading Diz...

0 comments:

Post a Comment