Monday, April 11, 2011

tut tit tat..


Aku sayang die
aku rindu die
aku ingat die

Aku sayannggggg die
tiap tiap mase aku ingat die
tapi sape..??

Tu la persoalan aku
aku rase nak jiwang jiwang
nak berpuisi selalu
nak berangan bina mahligai
tapi ngan saper..??

Ahh..
apekah aku nie..
dah ta betul agaknye
merindu pada yang ta sudi
dan ta pasti

Lupekan je sume tu dan terima
sape sape je yang ingin bertakhta di hati
bukan nya diri ini
terlalu jelik untuk dicintai disayangi dan dihargai

Aku juga insan yang punya perasaan
dan kemahuan serta kehendak yang mendalam
sebagai seorang insan normal
secara fizikal dan mental nya

Aku perlu usir rase itu
rase yang ta patut hadir lagi dalam
jiwa selepas diri ini dicampak
seperti sampah yang lansung
tidak memberikan apa apa harga
dan nilai

Tidak adil untuk aku terus
memendam rase ini
rase yang pernah sebati dalam diri aku
suatu mase dulu
ketika diriku dan dirinya
menyulam kasih dan asmara di atas pelamin
cinta yang kini musnah

Di atas pentas lakonan cinta palsunya
yang penuh penipuan dan pembohongan
bersama pelakon yang begitu hipokrit
bersama pengarah yang begitu tegar mengarah lakon layar nya
dan juga bersama penerbit yang begitu
kuat mempertahankan para pelakon nye

 Di atas pentas itu aku kecundang
kerana cinta palsu yang membakar diri dan jiwa
yang menjadikan aku seorang insan yang
hilang pertimbangan dan kawalan

Ah..
aku sudah bosan dengan dunia lakonan
dan drama itu
yang penuh dengan kepalsuan
aku benci dengar name pelakon itu lagi
benci mendengar nama pengarah dan penerbit nya
semoga pihak Pencipta menganugerahkan
satu award yang amat bermakna
dan bernilai kepada semua
yang terlibat dalam pembikinan lakon layar
drama itu..

adiozzz...



Thanks To reading Diz...

0 comments:

Post a Comment