Monday, May 2, 2011

Omaigosh...I Beri Beri Like Dat so Beri Much..

Alhamdulillah...
  Akhirnya menjadi jugak majlis kitorang walaupun tanpa kehadiran insan yang amat diharapkan.. Semalaman bermalam di pantai banyak memberikan nenek pengalaman dan pengajaran. Pengalaman yang sangat menyeronokkan dengan kaum kerabat membe yang amat disayangi dan dihargai.

Thanx..
U all amat bermakna dalam hidup nenek kebaya kini..

  Pengalaman yang amat indah dan bermakna dalam hidup nenek tak akan dilupakan walaupun habis seluruh tubuh nenek sengal sengal dan dah terasa cam nak demam urat, tapi nenek sangat sangat hepi...

  Lokasi yang strategik menambahkan lagi keseronokan. Tempat yang dipilih amat cantik. berdekatan dengan pantai dan muara sungai. Sebelah kiri muara sungai, sebelah kanan, pantai yang sangat cantik.. Bukan tu jer, tempat yang dipilih tu pun ade pondok yang disediakan khas untuk pengunjung pengunjung. So, senang la kami nak letakkan makanan dan pakaian dan dijadikan tempat tido kaum perempuan coz khemah yang dibawak tak mencukupi... Memang best gilerz ar..


  Tapi .. Satu je yang tak best.. Tempat tu tak disediakan toilet. Alamak.. terpaksa la kitorang gune tandas open.. Urm.. korang paham paham sendiri la kan.. Nasib la tempat tu bukan hutan, tak de lar takut sangat nak melepas. Tapi perlu berhati hati jugak coz, setiap tempat kan ade tuan nye..


  Sampai je ke destinasi kire kire jam 9 mlm, kitorang terus menghidupkan api untuk membakar ayam dan jugak menggoreng keropok untuk dimakan bersama bihun goreng ( coz tak sempat nak goreng kat rumah ). Kaum laki lak sibuk membakar ayam . Kami terpaksa melakukan semua keje dalam kegelapan malam coz lampu telah rosak . So, terpaksa tunggu salah seorang kerabat tu pergi beli lampu kat luar. Sementara tu kitorang wat keje bersuluhkan lampu kete jer..Mak aiii.. Nasib bateri kete die banyak, lau tak, terpaksa balik jalan kaki . Hahaha . Walaupun dalam gelap, semua keje berjalan ngan lancar coz semua yang hadir bekerjasama tuk menjayakan misi dan visi malam tu.

  Selepas makan, kitorang berehat dan kemaskan pondok tuk dijadikan tempat tido.Yang laki lak berusaha memasang khemah. Selesai semuanya, kami berehat dan menghabiskan masa dengan merehatkan badan yang tengah letih .

  Time dah syok rilek rilek, hampir hampir nak lelapkan mate, tetibe terdengar satu sore ajak round round kawasan sekeliling . Nak intai penyu betelor kate nye . Ntah ye ntah tidak ... Ape lagi, nenek bingkas bangun dan follow diorang . 4 dare pingitan dan teruna teruna muda bersama sama tawaf pantai malam tu. Seronok . Berceloteh, berlari lari kat pantai tengah tengah malam . Lari lari kejar ketam , lari lari melarikan diri dari ombak .. melepaskan perasaan, berkaraoke kat unggun api.. Memang sangat sangat best... Lame gak la melepak kat tepi pantai sambil tunggu penyu naik nak betelor tapi hampa .. Penyu tak naik naik gak .. maybe die naik kat kawasan lain coz pagi keesokan harinya pak cik yang jaga kawasan tu cakap dia dapat 2 biji telor penyu .. Dah rezeki dia kan.. Ok la..



  Dah puas cuci mata dan otak kat pantai tu, kitorang kembali ke destinasi ( kat khemah tadi la ) . Badan pun dah penat , pinggang pun dah sakit , urat betis pun dah timbul, kitorang baru reti nak berehat . Kitorang kutip ranting ranting kayu kering yang berselerak tuk dijadikan unggun api kat kawasan khemah. Sampai je kat khemah, kitorang teruskan bersembang. Konon nya tak nak tido la malam tu .. tapi hampeh.. Last last tido gak. Kire dalam kul 6 gak la nenek tido malam tu. bezfren nenek tido awal dari nenek . Hero hero Malaya yang cakap besar pun tido awal gak . Konon nye tak nak tido tapi diorang yang lena dulu . Ape daa . Sungguh cakap tak serupa bikin. Tapi , maybe diorang terlalu letih agak nya tu pasal la tak perasan terlena .. Huhuhuhu.. Tapi yang best 3 teruna dan 2 dara nie langsung tak tido . Wah.. Memang btol btol menghayati holiday la diorang .


  Zzzzzzzz.. Time tido nenek.. Dari kul 6 sampai kul 7.15.. Bila terjaga, tengok hari dah cerah .. Nenek menghayati seluruh kawasan tu . Ya Allah .. Sangat sangat cantik . Rugi tak de kamera . Kamera enset pun tak de . Semua aktiviti tak dapat dirakam kan . Berlalu begitu je. Tak de gambar kenang kenangan . Sayang seribu kali sayang.. Tapi apekan daya, redha je la. InsyaAllah.. Laen kali kalau ade rezeki, kitorang nak wat lagi dan harap nya ade la kamera . Boleh la rakamkan detik detik indah dan keindahan alam kat tempat tu. Sangat teruja. Tak payah nak pergi picnic / holiday jauh jauh . Kat kawasan Setiu nie pun banyak walaupun laluan nak ke tempat tu amat menyulitkan.. Huhuhuhu..



  Pagi tu , nenek dan semua kerabat tak lepaskan peluang mandi manda di pantai yang sangat cantik dan bersih di situ .. Nenek memang dah lame tak mandi pantai , so nenek takkan sesekali melepaskan peluang yang ade. Hehehe. Walaupun mandi tak sampai satu jam, tapi tu dah kire sangat bermakna coz dapat melepaskan hajat terpendam .



  Selepas tu kitorang berkemas dan makan makan mengisi perut yang tengah lapar  . Usai bereskan semua barang, semua kerabat berehat rehat qada tido .. Nenek pun cube tuk tido, tapi tak lena. Terus bangkit dan ronda ronda kawasan sekeliling melayani perasaan .. Wkwkwkw.

  Kire kire jam 12, kitorang bergerak tuk pulang . Tetibe dengar si teruna tu mengajak kitorang ke Lata Sawa ( Lata Cangkah ) kat kawasan Setiu nie. Nie kes tak puas mandi laut la .. Sambung mandi kat air terjun lak . nenek ape lagi, dengan girang nye melonjak lonjak nak pergi. Bukan pe, nenek dah lame tak berseronok seronok camnie. Dah ade orang nak ajak, ape lagi, follow je la .. Juz 8 orang yang pergi ke Lata Cakah tu coz yang lain lain dah nak balik berehat . Si tua memberi kebenaran tuk si muda berhibur plak . So sweet ..
  Hampir 2 jam berada di air terjun tersebut, kitorang pun bersiap tuk pulang . Kalau ikutkan nenek, memang tak puas hati lagi mandi manda kat situ, tapi kes berhati perut dan kecian kat si driver, terpaksa la pulang .. Wwkwwkwk.. Thanx en driver dan kawan kawan coz sudi nak bawak nenek, bezfren nenek dan adik die ke lata tu. Kenangan sehari semalam itu tak kan dilupakan..


..Pic ehsan google..

Hope next time ade lagi peluang tuk semua tu ....


Thanks To reading Diz...

2 comments:

  1. bestnyer kemping...huhuhu...benda yg dah berbelas tahun sy x buat...tp syg nenek x bwk kemere...nmpak gaya mcm nk kena g lg tu kan?...hihi...

    ReplyDelete
  2. memang rugi..dan nampak gaya nye camtuh lar...kena pegi lagi dan bawak kamera..baru puas hati..

    ReplyDelete