Wednesday, December 12, 2012

121212

Tarikh yang amat bermakna bagiku.. Semalam Aku dapat macam macam mimpi sebab apa yang sepatut nya aku lalui hari nie tidak menjadi kenyataan. Huhuhu.. Da tak de jodoh, nak wat camne kan.. Redha je la..

Mungkin belum tiba masanya aku menjadi milik orang. Tapi akan datang, In Sha Allah.. semoga Allah SWT merestui dan meredhai niat suciku ini.. Dan semoga Dia permudahkan segala urusan dan percepatkan jodohku.. Amin..

Aku bahagia bersama dia walaupun kadang kadang aku masih memikirkan insan lain yang pernah hadir dalam hidupku sebelum ini. Aku redha dan pasrah atas ketentuan Ilahi. Aku kehilangan seseorang yang amat aku cintai dahulu tapi kini Dia menghadiahkan seseorang yang sangat menghargai dan menyayangi aku.

Dia tak sehensem Brad Bitt, tapi dia tetap cute dan comey di hatiku.. Baru kini kusedari, bukan paras rupa mahupun harta yang dapat membahgiakan seseorang tapi hati yang suci dan tulus akan membawa kebahagiaan itu ke syurga.. Terima Kasih atas segalanya..

Akan kuperbaiki diri ini agar menjadi seorang insan yang lebih menghargai.. Mungkin aku bukan yang terbaik bagi dirimu tapi aku akan cuba untuk menjadi yang terbaik..


 Foto memori Majlis Perkahwinan Ain 11/11/12







Tahniah Ain
Semoga Bahagia ke Akhir Hayat
Dan
Semoga Aku Cepat Cepat Mengikut Jejak Langkah Korunk.. Hehe..


Thanks To reading Diz...

4 comments: