Monday, December 10, 2012

Wanita dan Kiasan..

Di sebalik kelembutan seseorang wanita itu terselit juga keegoannya yang jarang ditonjolkan. Biasanya wanita jarang berterus-terang tentang apa yang dia mahukan meskipun amat mengharapkan lelaki memahaminya. Mereka sering kali berkias-kias.

Kenapa Wanita Suka Berkias?

1. Ingin Lebih Perhatian
Wanita inginkan perhatian dan kasih sayang terutamanya daripada orang yang rapat dengannya. Apabila melihat orang di sekelilingnya sibuk dengan aktiviti sendiri, dia akan bersuara untuk membuat permintaan dengan cara cakap berlapik . Contohnya “ Bosanlah asyik tengok siaran TV yang sama atau “Selalunya hujung minggu pergi mana?” Tetapi ayat sebenar yang tersirat ingin dikatakannya ialah “ Alangkah bagus kalau awak ajak saya keluar tengok wayang atau makan angin”. Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya.

2. Tidak Pernah Puas
Walaupun ramai mengatakan lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, wanita juga tidak terkecuali kerana rata-rata wanita yang lebih sukar untuk puas dalam apa jua aspek. Sebagai contoh, apabila telah mendapat sesuatu perkara yang diidamkan, dia akan berkias-kias dengan pasangannya mahukan sesuatu yang baru. Contohnya “ Saya lihat trend sekarang ramai suka iPad 2 berbanding laptop. Apa pendapat awak? Dia berkias kerana tidak mahu dimarahi, tetapi sebenarnya dalam hati dia “Alangkah bagusnya kalau awak dapat belikan saya iPad 2”.

3. Sekadar Ingin Menguji
Wanita memang suka menguji dan diuji. Dia lebih selesa menggunakan orang terdekat dengannya untuk dijadikan modal dan alasan bagi menilai sejauh mana kasih sayang yang diberikan kepadanya. Ayat yang sering digunakan ialah “ Alangkah bagusnya kalau saya jadi macam wanita itu, layanan diberikan bak puteri”. Dalam hatinya “ Alangkah bagusnya kalau awak berikan saya semua itu”. Tetapi bukan semua wanita bersikap begitu, cuma jika diberi peluang, apa salahnya.

4. Bimbang Dimarahi
Lepas dapat satu, ada lagi kemahuan yang belum dipenuhi membuat dia berasa tidak selesa. Tambahan pula wanita lebih mementingkan kesempurnaan. Kalau boleh dia inginkan sesuatu yang lain daripada yang lain, biarpun dia tahu risiko akan dimarahi. Oleh sebab bimbang dengan keadaan tersebut, dia akan sedaya upaya berkias dan berharap pasangan “ faham jiwa’.
Contohnya, “ Cepatnya badan saya naik, baju yang awak hadiahkan bulan lepas sudah ketat! Tetapi percayalah dalam hatinya berkata “ Alangkah bagusnya kalau dapat sehelai dua baju baru bulan ini”.


 NASIHAT DARIPADA LELAKI 

Lelaki memang jenis berterus-terang. Jika wanita berkias, dia kurang memahami dan sebaliknya membiarkan sahaja.
• Lelaki tidak suka wanita terlalu berkias sehingga mengusutkan hati dan fikirannya. Terus terangkan senang!.

• Apabila lelaki membisu bukanlah bermakna dia tidak langsung memikirkan hal tersebut, sebaliknya dia enggan memanjangkan atau mengeruhkan sesuatu situasi buruk.

• Cara hidup lelaki lebih mudah berbanding wanita. Oleh sebab itu, lelaki sukar untuk memahami apabila sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk bahasa kiasan oleh wanita.

• Bagi lelaki, golongan wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan sedih sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki pula lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Thanks To reading Diz...

0 comments:

Post a Comment